Saturday, May 12, 2012

DEMANG LEBAR DAUN DENGAN SANG SAPURBA ASAS KEPIMPINAN MELAYU

PERJANJIAN DI ANTARA RAJA DENGAN RAKYAT 

PERSETUJUAN / AMANAH /SOSIAL KONTRAK/AKU JANJI DAN IKRAR KERAMAT DI ANTARA RAJA DENGAN RAKYAT , PEMERINTAH DENGAN ORANG RAMAI .

BILA DITUNAIKAN NEGARA BERADA DALAM KESEJAHTERAAN 


Dalam Sejarah Melayu, golongan pemerintah diwakili Sang Sapurba.

Manakala golongan rakyat diwakili Demang Lebar Daun.

Antara mereka terentang kontrak sosial yang bermula dengan persetujuan dengan maksud seperti yang dibayangkan dalam petikan dialog antara
mereka:

Maka sembah Demang Lebar Daun:
“Adapun Tuanku segala anak  cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang diPertuan,
hendaklah diperbaiki oleh anak cucu Duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanyapun, jangan difadhihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat, jikalau besar dosanya dibunuh,
itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak.”

Maka titah Sang Sapurba: “Akan pinta bapa itu hamba kabulkanlah,tetapi hamba pinta satu janji pada bapa hamba.”

Maka sembah Demang Lebar Daun: “Janji yang mana satu itu Tuanku?”

Maka titah Sang Sapurba: “Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun: “Baiklah, Tuanku. Tetapi, jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah.”

Maka titah Sang Sapurba: “Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu
.

Nilai dialog itu tidak kurang pentingnya daripada nilai dialog Aristotle di Yunani purba dari banyak segi. Antaranya adalah sosial kontrak antara raja dan rakyat yang boleh juga dipandang sebagai dialog tentang demokrasi dan pendemokrasian dalam masyarakat feudal Melayu masa silam.

Dialog itu penting kerana ia juga mempunyai banyak implikasi
kepada sistem pengurusan negara, masa dahulu dan sekarang.

Ia tidak mungkin ada tanpa satunya kepercayaan satu pihak dengan yang lain.

Perkara lain yang ditunjukkan dalam dialog itu adalah sudah terdapat jaminan kebebasan bersuara (freedom of speech) dalam masyarakat itu. 


Moral cerita di sebalik dialog itu adalah pihak pemerintah dan pihak yang diperintah didapati saling mengawal agar tidak melampaui batasan yang dipersetujui. 

Kawalan semacam itu diperlukan memandangkan kedua-dua pihak mempunyai kelemahan selain kekuatan yang mungkin tidak dipunyai pihak yang lain. 

Kesemua itu bertunjangkan semangat saling bergantungan yang boleh diharapkan untuk menjadi semacam kepala dan engin yang diperlukan untuk membawa masyarakat feudal itu ke landasan demokrasi yang telah dipelopori Aristotle di Yunani purba lagi. 

Sehubungan itu, walaupun masyarakat feudal itu dikuasai raja yang berkuasa mutlak, tetapi dalam masyarakat feudal itu sudah tertanam bibit-bibit falsafah demokrasi dan perkongsian kuasa yang masih diperjuangkan banyak negara selepas mencapai kemerdekaan sehingga masa kini. 

Perjuangan itu juga untuk menghapuskan kezaliman pemerintahan berkuku besi, menentangkan perbuatan rasuah,

Pentingnya Falsafah dan Kepercayaan dalam Sastera Melayu Lama penyelewengan kuasa, pilihan kasih, dan perbuatan lain yang boleh mereputkan kerajaan dari dalam. 


Kejatuhan kerajaan Melayu di Melaka bukan sahaja kerana serangan Portugis pada 1511 yang memberi tamparan maut kepada kerajaan Melayu itu yang sudah reput dari dalam kerana rebut kuasa, fitnah-memfitnah, perbuatan curang dan lain-lain yang memecahkan perpaduan di negeri yang besar itu.

Daripada pelbagai episod yang diceritakan dalam Sejarah Melayu, misalnya, perjanjian longgar itu menimbulkan banyak konflik dan juga penyelesaian kepada beberapa masalah. Antara yang meninggalkan kesan yang buruk adalah perbuatan Sultan Mahmud membunuh Bendahara Tun Mutahir untuk mendapatkan Tun Fatimah.     

                           
Ini adalah contoh kahwin paksa yang banyak diceritakan dalam novel Melayu tahun 1940-an dan seterusnya, selain novel Indonesia Balai Pustaka, termasuk Siti Nurbaya. Dalam Sejarah Melayu, pembunuhan itu boleh dielakkan jika Tun Mutahir patuh kepada peraturan seperti yang dinyatakan:

Jika Bendahara mendengar kata beta itu, janganlah anakanda ini [Tun Fatimah] diberi bersuami dahulu, baik juga ditunjukkan kepada Yang Dipertuan. Kerana sekarang negeri Melaka tiada raja perempuan, kerana Permaisuri Pahang [Tun Teja] telah mangkat. Yang istiadat Raja Melayu, apabila tidak beraja perempuan, anak Bendaharalah akan jadi raja perempuan.”
(Sejarah Melayu 1995: 189)


Sultan Mahmud bukan sahaja membunuh Tun Mutahir, Tun Tahir dan Tun Ali (suami Tun Fatimah), tetapi juga memaksa Tun Fatimah menjadi isterinya. Ketiadaan Tun Mutahir telah menyebabkan pentadbiran Melaka menjadi semakin lemah sehingga mudah dikalahkan Portugis pada 1511, kemudian jatuh ke tangan Belanda pada 1614.


Kekalahan berturut-turut macam sudah jatuh ditampa tangga itu membuat pengarang Melayu yang menyedari nasib bangsa dan dirinya itu ingin menebus rasa ‘malu’ itu dengan mengarang Hikayat Hang Tuah yang penuh dengan falsafah, mesej, amanah, nilai dan cara berfikir orang Melayu

Antara mesej itu adalah kerajaan yang cemerlang hendaklah yang mempunyai raja yang menjadi payung melindungi rakyat yang setia. Kesetiaan Hang Tuah kepada rajanya bukan sahaja sanggup membunuh kawan karibnya, tetapi juga berulang kali ditanam hidup-hidup untuk mengetahui keadaan dalam kubur, untuk membasuh arang di muka raja, dan juga terjun ke Selat Singapura yang banyak buaya untuk menyelamatkan mahkota raja.

Perpaduan raja dan kerajaannya dengan pegawainya dengan rakyat telah dilakukan melalui bermacam birokrasi. Kontrak sosial antara raja dengan rakyat dan kerjasama antara raja dengan bendahara juga sebahagian dari model pentadbiran negara mesti berdiri atas 4 tiang.


1.menteri budiman, bijak, perkasa, penyabar, penginsaf


2.panglima yang berani, bangsawan, dermawan yang melindungi rakyat dan raja


3. bendahara yang amanah yang pandai jaga harta kerajaan


4. pegawai yang komited dan menjadi penghubung antara raja dan rakyat. 


Kecemerlangan Melaka semasa Sultan Mansor Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah banyak dibantu Bendahara Tun Perak. Kerjasama antara raja dan bendahara menjadi paksi kecemerlangan dan kesejahteraan negeri juga ditunjukkan Bukhari al-Jauhari dalam Taj Us- Salatin. 

Dalam Hikayat Hang Tuah, model itu diperlihatkan Raja Sang
Maniaka dibantu bendaharanya, Paduka Raja. Yang penting adalah raja adalah payung melindungi rakyatnya. Pentadbiran negara dengan adil dan saksama yang amat diperlukan dalam membina negara yang utuh dan makmur banyak ditunjukkan dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Raja-Raja Pasai, misalnya. 


Dalam teks-teks itu telah diberi pengajaran bahawa kezaliman raja, sikap tamak, perbuatan rasuah, penyelewengan kuasa adalah faktor yang menghancurkan negara. Sebaliknya, keadilan, kesepakatan, persefahaman dan kesetiaan adalah kunci penting dalam menjaga keselamatan negara. 

Konsep itu universal, kerana ia juga boleh didapati dalam Samkok, Suihuzuan dan karya klasik China yang lain. Dalam peperangan yang tidak henti-henti, baik di China atau Alam Melayu, sudah diuji kebijaksanaan dan strategi perang di kedua-dua pihak. 

Dalam Hikayat Hang Tuah, telah
ditunjukkan perwatakan raja, pegawai kerajaan dan rakyat yang macam mana dikehendaki. Sekali pandang, Hang Tuah adalah pahlawan dan model orang yang diperlukan, manakala Hang Jebat adalah pengacau, petualang dan musang berbulu ayam yang harus disingkirkan.


Menurut Bukhari al-Jauhari (1975: 183) pegawai hendaklah mengasihi raja melebihi nyawanya sendiri. Inilah imej dan moral ceritanya. Di sini ingin ditunjukkan sifat keterhadapan yang ditunjukkan pengarang yang bijaksana itu.
(Sejarah Melayu 1995: 19-20)

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. kesetiaan hanyalah kepada pemerintah yang seperti waadat antara Demang lebarDaun dengan Sang Sapurba..jika salah satunya mengubah..maka pihak yang satu lagi akan berubah...itulah yang terjadi kepada Sultan mahmud mangkat Dijulang Johor dan Sultan mahmud Shah..Melaka..kita patut ambil ingatan...bukan memuji-muji diri..

    ReplyDelete
  3. Casino Hotel Las Vegas - JTM Hub
    Visit JTM Casino 여수 출장마사지 Hotel Las 용인 출장샵 Vegas, the premier Las Vegas destination 보령 출장샵 with 30000 slots, a luxurious 나주 출장안마 spa, and 안성 출장마사지 first-class entertainment at the

    ReplyDelete